Saturday, October 1, 2011

Bahaya Nyamuk


Nyamuk Aedes | nyamuk demam berdarah | bahaya nyamuk | solusi nyamukNyamuk adalah serangga yang seringkali dijumpai dan selalu menjadi suatu gangguan kepada kita. Anda pasti tidak suka diganggu oleh nyamuk kerana tidak mau digigit olehnya tetapi tahukah anda bahaya keseluruhan yang dibawa oleh nyamuk?

Gigitan nyamuk adalah suatu kebiasaan di kalangan kita. Ini adalah kerana nyamuk adalah paling senang dijumpai di kawasan beriklim tropika seperti Malaysia dan Indonesia,  Gigitan nyamuk sebenarnya puncak dari aktiviti nyamuk betina di mana ia menghisap darah daripada mangsanya seperti manusia dan haiwan-haiwan yang lain sebagai sumber makanan. Anda pasti tahu bahawa biasanya, gigitan nyamuk hanya menyebabkan kegatalan. Walaubagaimanapun, terdapat situasi di mana gigitan nyamuk boleh menyebabkan keadaan yang lebih serius kepada kesihatan kita

.
Tahukah Anda?
-          Kawasan-kawasan beriklim tropika adalah kawasan yang terletak berdekatan dengan garisan khatulistiwa. Ini bermakna negara-negara seperti Singapore, Thailand dan juga Brazil adalah negara-negara yang berikilim tropika.
-          Hanya nyamuk betina yang menghisap darah manakala nyamuk jantan hanya menghisap nektar dari tumbuh-tumbuhan.
Sebelum kita membincangkan kebahayaan yang boleh disebabkan oleh nyamuk, marilah kita memahami sedikit tentang serangga ini. Kitaran hidup nyamuk terdiri daripada empat peringkat. Peringkat terawal adalah telur. Nyamuk dewasa bertelur di permukaan air. Peringkat kedua adalah larva. Larva nyamuk adalah hasil penetasan telur nyamuk yang hidup di dalam air dan memakan alga* dan mikroorganisma yang hidup di dalam air. Peringkat ketiga nyamuk adalah pupa. Peringkat pupa bagi nyamuk adalah lebih kurang sama dengan peringkat kepompong bagi rama-rama. Pupa adalah seperti larva yang sedang membesar di dalam ruang tertutupnya dan ia tidak makan sehingga ia membesar sehingga ke peringkat seterusnya. Peringkat keempat dan terakhir dalam kitaran hidup nyamuk adalah peringkat dewasanya yang juga diketahui sebagai ‘imago’. Nyamuk yang kita melihat berterbangan adalah dalam peringkat ini.

Nyamuk Aedes, nyamuk demam berdarah, bahaya nyamuk, solusi nyamuk

Kitaran Hidup Nyamuk


Tahukah Anda?
-          Alga adalah sejenis kulat yang tumbuh di dalam air. Ia adalah sumber makanan kepada pelbagai organisma kecil yang hidup di dalam air seperti ikan dan larva serangga.
-          Kitaran hidup berperingkat yang dilalui oleh serangga seperti nyamuk dan rama-rama dan juga katak adalah dipanggil metamorfosis.
Nyamuk boleh membiak dengan pantas dan oleh kerana ia membiak secara bertelur di dalam air, kawasan takungan air merupakan kawasan yang baik bagi nyamuk membiak secara luas. Kawasan takungan air tidak seharusnya mempunyai kandungan air yang besar seperti kolam atau longkang. Sebuah baldi atau tong yang mengandungi air yang mencukupi boleh menjadi tempat bertelur untuk nyamuk. Adakah rumah anda mempunyai kawasan takungan air di mana nyamuk boleh membiak?
Tempat Pembiakan Nyamuk
Kawasan Takungan Air yang Menjadi Tempat Pembiakan Nyamuk



Larva Nyamuk, genangan air nyamuk
Larva Nyamuk

Perhatian!
-          Jangan biarkan nyamuk membiak! Lebih nyamuk = lebih ancaman kepada kesihatan anda dan keluarga.
-          Ia adalah salah di sisi undang-undang untuk mempunyai kawasan takungan air seperti yang digambarkan di dalam rumah anda.
Marilah kita balik ke topik utama: adakah nyamuk merbahaya? Jawapannya adalah YA tapi mengapa?
Nyamuk adalah serangga yang boleh membawa virus. Virus yang dibawa oleh nyamuk boleh dipindah kepada mangsa gigitan nyamuk. Ini bermakna bahawa jikalau seekor nyamuk adalah pembawa virus, virus yang dibawanya boleh dipindah kepada aliran darah kita apabila nyamuk itu menggigit kita. Nyamuk adalah berbahaya kerana virus yang boleh dibawa oleh nyamuk boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang serius kepada mangsanya. Dua virus bawaan nyamuk yang paling terkenal adalah denggi dan malaria kerana virus-virus ini adalah sangat merbahaya dan berleluasa.
Malaria
Malaria adalah suatu penyakit yang mana sel darah mangsa diserang oleh parasit. Serangan ini boleh menyebabkan demam dan sakit kepala. Dalam situasi serious, pesakit malaria boleh jatuh ke dalam keadaan koma atau mati jika penyakit itu tidak dirawat. Malaria adalah suatu penyakit serius yang mengakibatkan banyak kematian di seluruh dunia terutamanya di kawasan yang miskin, kotor dan tidak begitu maju*. Penyakit malaria jarang disebarkan di Malaysia tetapi kemungkinan ia bersebar masih wujud selagi ada nyamuk.
Tahukah Anda?
-          Pada tahun 2010, 655,000 orang meninggal dunia akibat jangkitan malaria. Kebanyakan kematian ini berlaku di benua Afrika.
Denggi
Anda pasti pernah terdengar atau terbaca istilah ‘demam denggi’ di televisyen, radio, klinik dan sebagainya. Kita selalu diingatkan tentang kebahayaan demam denggi kerana ia adalah suatu penyakit yang sangat serius dan berleluasa di Malaysia. Apabila seseorang terjangkit dengan demam denggi dia akan mengalami gejala-gejala berikut:
  1. 1.Demam
  2. 2.Sakit Kepala
  3. 3.Sakit otot dan sakit badan yang lain
  4. 4.Ruam
Dalam kes-kes demam denggi yang serius, pendarahan dalaman akan berlaku yang boleh mengakibatkan kematian jika tidak dirawat di hospital.
Tahukah Anda?
-          Pada tahun 2010, sebanyak 45,037 kes demam denggi dilaporkan di Malaysia di mana 133 daripadanya maut.
-          Virus denggi disebarkan oleh nyamuk Aedes (nyamuk Aedes mempunyai beberapa garisan putih di atas badannya. Ciri ini menjadikannya senang untuk dikenal pasti)
Nyamuk Aedes, nyamuk demam berdarah, bahaya nyamuk
Nyamuk Aedes

Peringatan!
-          Pastikan anda berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami gejala-gejala demam denggi kerana lebih awal rawatannya, lebih baik kadar pemulihan anda.
Walaupun kita hanya membincangkan dua penyakit utama yang boleh disebarkan oleh nyamuk, terdapat banyak lagi penyakit yang nyamuk boleh menyebar. Oleh itu, kita kena sentiasa melindungi diri sendiri daripada nyamuk untuk mencegahkan diri daripada menjangkiti penyakit yang serius. Langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil adalah:
  1. 1.Membebaskan rumah anda daripada kawasan tampungan air (kosongkan barang-barang  bekas yang mempunyai air yang boleh jadi tempat pembiakan bagi nyamuk)
  2. 2.Melindungi kandungan air kolam, perigi dan lain-lain daripada pembiakan nyamuk (memelihara ikan kecil, merawat air dengan ubat nyamuk)
  3. 3.Melindungi diri daripada gigitan nyamuk (menggunakan ubat semburan untuk menghalau dan membunuh nyamuk)
Untuk perlindungan terbaik keluarga anda, Gunakan Super Mosquito Trap, Aman, Nyaman dan efesien...hemat tanpa isi ulang dan bebas kimia juga racun-racun berbahaya

Pesan dengan sms ke 08.777.888.5540


1 comment:

  1. saya ingin membelinya..tetapi saya dduk di malaysia..bagaimana cara untuk mndapatkannya di sini?

    ReplyDelete